Nov 25, 2008

cinta o couple


topik ni memang famous kat forum, blog, o apa2 jerla..
even ada perkataan cinta jer..beribu2 org view...
apa yg menarik sgt dgn cinta tu??

sudah jadi fitrah manusia ingin bercinta dan dicinta...especially dalam hubungan lelaki dan perempuan..malah kalau dalam AL-Quran, telah dinyatakan ALLAH telah mencipta semuanya berpasangan-pasangan, baik apa yang ditumbuh oleh bumi, atau datang dari mereka sendiri atau datang dari apa yang mereka tidak ketahui[tak dapat nak tgk ayat mana coz tertinggal mylover kat astana resort dugang]

kalau bercinta tu maybe ramai leh terima..tapi camne nga couple???
erm..bagi mia tak salah nak couple..lagi pun diusia mia ni, takkan la sahabat2 couple sebab suka2..semua berniat nak kawin..tapi kadang2 niat tu tak menghalalkan cara...ni artikel mia petik daripada halaqah.net tentang cinta dan kasih...mungkin leh membantu merungkaikan persoalan tentang couple haram...thanx muhammad fadzly tuk artikel yg menarik ini...


"Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan(couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya :

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA

Sesebuah perhubungan ‘istimewa’ antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.

KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA

Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.

Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah.


mia skip beberapa point yg diutarakan..so sahabat kalau nak tau lebih lagi leh lawati http://halaqah.net/v10/index.php?page=124

smoga artikel ini manfaat tuk semua..
sebelum undur diri..
jagalah hati hiasi peribadi...
salam ukhwah...

No comments: