Dec 19, 2008

my lovely Roomate..Nadia..

ni la roOmate kesayangan cheq..

rasanyer dlm byk2 roOmate yg cheq dapat..this is da best..suara cam dak kecik [kok meriah biliknyer]..stylo cam cheq gak [jenis x kisah]..suka balik rumah cam cheq gak [org kulim]..bykla lagi..kiranye cheq pun suspekla kat dia coz pandai hormat cheq & the geng as senior..dikalangan kengkawan dia kat paras ni..diala paling senior..da la lahir thn 1989 [sama nga siti] then lahir lak 10.1 [tp still cam budak2 compare nga siti]..

alhamdulillah, ALLAH makbul doa kak mia..

nadiatul akmar..thanxx for everything..let's enjoy!![spjg kita bersama]

Dec 7, 2008

tanah runtuh lagi


PANDANGAN antara 14 rumah banglo di taman perumahan di Bukit Antarabangsa di sini, yang musnah akibat tanah runtuh awal pagi ini. Kejadian kira-kira jam 4 pagi tadi, menyebabkan empat terkorban membabitkan tiga perempuan dan seorang lelaki manakala 15 lagi cedera. Banglo yang tertimbus itu membabitkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah. Kejadian turut menyebabkan jalan uatam ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus lagi terperangkap. - Foto ihsan PDRM

tak sangka tragedi ni berlaku...ni kira yg ketiga sejak mia cuti..biasanya masalah banjir di pantai timur kalau ujung tahun camni..ada hikmah disebaliknya...amik ikhtibar daripada kejadian ini...ALLAH lebih mengetahui...lagi berita lanjut leh ikuti di:

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/BeritaUtama/20081207063655/Article

rasanya banyak blog bincang ttg tanah runtuh ni...kalau tak silap tanah runtuh ini berlaku berhampiran dgn highland tower yg runtuh dahulu yg mengorbankan berpuluh2 nyawa...sama2 kita doakan semoga semua kerja menyelamat berjalan dgn lancar...harap2 semuanya selamat..insyaALLAH..sama2 kita doakan..

Dec 6, 2008

..salam aidiladha..





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

salam aidiladha kepada semua sahabatku..
pengorbanan??apa yg kita tahu tentang korban...alhamdulillah kelmarin dapat ikuti diskusi ilmu melalui conference usrah online..dgn tjk pengorbanan..trima kasih semua ahli usrah yg sudi berkongsi ilmu..even tak dpt join sgt coz tgh siapkan keje..tapi sempatla jenguk2 conference tu..thanx naqibah kita kak shye sudi jemput..kalau tak, memang da terlupa.huhu..
terfikir sejenak...apakah pengorbanan yg telah ku lakukan utk ISLAM??kalau dibandingkan dgn Rasulullah dan para sahabat dahulu, memang jauh sgt...
so, renung2kan lah...ikhlaskan hati untuk ILAHI..sesungguhnya,ALLAH LOVES US...

Dec 5, 2008

..surat cinta yg tersia..

alhamdulillah...
syukran kpd yasmira...
masuk jer web dia tadi..berkumandang lagu i'tiraf [my favaorite song]..
tumpang copy paste artikel ni yer..
awalnyer, mia terjumpa artikel ustaz pahrol ni kat majalah ANIS..
rupa2nya kat internet pun da ader...
surat cinta...camne?kita ada tatap tak surat cinta dari yg TERCINTA ini hari ini??
sama2 kita ikuti..
114 surat cinta yg tersia
.

Oleh : Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

"Benar-benarkah kita cintakan Allah jika 'surat cinta'-Nya tidak kita baca, fahami dan hayati?"
Hampir tiga perempat daripada keseluruhan peserta tidak mengetahui makna bacaan dalam solat. Keputusan ujian yang dijalankan secara santai sebentar tadi sangat mengejutkan. Apa tidaknya, ada yang telah berusia hampir mencecah separuh abad, ertinya telah lebih tiga atau empat puluh tahun lebih mengerjakan solat tanpa mengetahui maknanya! Bayangkan tiga puluh tahun, tempoh yang cukup lama, bukan sekadar cukup untuk memahami bacaan dalam solat bahkan lebih dari cukup untuk menjadi seorang hafiz!
"Bagus ustaz buat ujian macam ni," kata seorang peserta.
"Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang kita tak tahu," tambahnya.
"Betul-betul ke kita ni tidak tahu apa yang kita tidak tahu sebelum ni?" celah saya separuh mengeluh, separuh mengutuk (diri sendiri).
"Apa maksud ustaz?"
Saya senyum. Bukan untuk berteka teki, tetapi sekadar mencari ketepatan makna di sebalik kata-kata.
Tak Serius Dengan Solat?
"Saya rasa selama ni pun kita dah tahu yang kita tidak tahu makna bacaan solat ni. Tetapi kita bersikap 'tak pa', 'tunggu' atau 'nantilah'. Sedar tak sedar, sikap sambil lewa kita itu berlarutan hingga puluhan tahun," ujar saya lagi.
Dia diam. Kemudian mengangguk-angguk. Setuju barangkali.
"Yalah, ustaz. Kita tidak serius dengan solat..."
"Punca tidak serius sebab kita rasa solat ni tidak penting," tambah saya lagi.
"Bagaimana hendak rasakan yang solat ni penting?"
"Walaupun kita dah tahu ia memang penting?"
"Betul tu. Kita tahu kepentingannya tapi tak terasa... Tertinggal solat rasa tak rugi, tak rasa bersalah atau tak rasa kesal."
"Tapi kalau hilang duit? Terbakar rumah? Harga barang naik?"
"Wah, itu terasa betullah, ustaz..."
Kami sama-sama senyum. Tapi senyum tawar. Kesal bercampur hambar.
"Siapa yang rasa solat ni betul-betul penting?"
"Nabi Muhammad SAW."
"Kemudian?"
"Para sahabatnya."
"Mengapa Rasul dan sahabatnya begitu pentingkan solat?"

Tidak Rasa Allah Penting

Sepintas lalu, teringat kisah bagaimana kaki Rasulullah SAW bengkak-bengkak akibat terlalu lama berdiri dalam solat. Terbayang pula bagaimana Sayidina Abdul Rahman bin Auf RA tega menginfakkan seluruh kafilah yakni unta-unta dan segala isinya kerana ingin menebus kelewatannya bertakbiratul ihram dalam solat berjemaah pimpinan Rasulullah.
"Mengapa kita berbeza dengan mereka?" detik hati saya, juga tertanya-tanya.
Semalam ketika terhimpit di celah kesesakan lalu lintas, sempat saya melihat betapa ramainya orang Melayu berbondong-bondong ke pasar malam untuk membeli belah walaupun pada ketika itu masuknya solat Maghrib tinggal beberapa minit sahaja lagi.
"Sebab kita tak terasa Allah penting dalam kehidupan kita," akhirnya saya bersuara bersama sebuah keluhan.
"Kita hanya akan berhubung dengan seseorang apabila kita rasakan dia penting atau diperlukan... Bayangkan betapa resahnya jika kita tidak dapat berhubung dengan ibu bapa, anak-isteri, bos, saudara dan teman rapat kita."
"Saya ada pengalaman itu, ustaz. Pada satu ketika saya berkursus di satu tempat yang berada 'di luar kawasan liputan'... Telefon bimbit tidak dapat digunakan langsung. Saya resah, betul-betul resah, tiga hari tidak dapat berhubung dengan orang-orang penting sepanjang tempoh di situ."
Kalaulah rasa semacam itu dapat kita miliki ketika terlambat lebih-lebih terluput waktu solat, alangkah baiknya, detik saya dalam hati.

Dialog Hati
"Allah lebih penting daripada segala-galanya. Sebab Dia-lah yang mengadakan segala-galanya untuk kita."
"Kita dilimpahi jutaan nikmat..."
"Tapi kita melupakan Pemberi nikmat..."
"Sepatutnya kita hitung kesyukuran..."
"Sebaliknya kita hitung kesukaran..."
(Dialog-dialog hati ini menerjah silih berganti.)
"Bayangkan kita umpama burung kakak tua yang berkata-kata tanpa memahami makna. Tidak hairanlah kalau hati kita lalai dalam solat. Jika tidak faham, bagaimana hendak menghayatinya? Kita sujud, tapi hati kita tidak sujud. Kita ucapkan 'subhanallah' tetapi tidak terasa sedang menyusikan-Nya."
"Itu baru kalimat yang mudah-mudah. Belum lagi doa iftitah, al-Fatihah, tasyahud, qunut dan lain-lain. Dah hafal tapi tak faham maknanya."
"Tu dah kira baik... ramai juga yang tidak hafal bacaan solat," tambahnya.
"Tu yang solat. Yang tak solat?"
Dia menggeleng-geleng.
"Tak hairan kemungkaran berleluasa di tengah-tengah masyarakat. Apabila tak solat, mana ada kemampuan dalam diri untuk tidak melakukan kejahatan dan kemungkaran?"
"Cukuplah tu. Sekarang kita kira kita dulu. Mari kita semak semula makna tersurat dan tersirat pada rukun qauli, qalbi dan fik'li ni..."
"Ustaz, ni baru sedikit. Hanya beberapa kerat ayat Quran, selawat, tasbih, takbir dan tahmid... Macam mana agaknya dengan 6666 ayat dalam al-Quran tu ya?"
Saya terdiam. Betapa terasa agama ini kita lakukan tanpa erti, kita amalkan tanpa penghayatan. Seperti pelajar yang membaca buku tapi tidak faham, bolehkah dia lulus dalam peperiksaan?"

Surat Daripada Kekasih

Ya, bayangkan bagaimana agaknya rasa kita kalau menerima sepucuk surat dari seorang kekasih, tetapi kita tidak faham apa yang dituliskannya. Allah - 'Kekasih' orang beriman itu - telah mengutuskan 114 surah-Nya... berapa surah yang kita telah tahu maknanya, faham tafsirannya, amal kehendaknya dan perjuangkan tuntutannya? Benar-benarkah kita cintakan Allah jika 'surat cinta'-Nya tidak kita usahakan untuk membaca, memahami dan menghayatinya?
Al-hasil, 114 surat cinta-Mu kami persiakan begitu sahaja... Ya Allah, ampunilah kami yang jauh dari solat, jauh dari al-Quran, justeru terlalu jauh dengan-Mu! Astaghfirullah hal'azim. Bukan Kau ya Allah yang jauh, tapi kami ini yang menjauh.

sumber : Anis (Oktober 08)

Dec 4, 2008

GiGi


ari ni berkesempatan p jumpe doktor gigi...masalah gigi sensitif, biasanya kalau makan menda manis o sejuk rasa sengal jer gigi..kebetulan struktur gigi mia yg tidak teratur...tapi alhamdulillah, dapat senyum lagi..cantik ke tak tu bergantung kepada keikhlasan hati tu...hehe..
kalau ingat masa kecik2 dulu..takut sgt jumpe doktor gigi..ayah plak suka betul cadang kami p jumpe doktor gigi..kononnya nak bagi gigi tumbuh dengan cantik..kecuali mia...maybe mami & ayah bz sgt keje sampai tak peduli sgt pasal gigi ku, tambahan kedegilan ku melampau ckit..so, arapkan doktor gigi yg datang ke sekolah la..tu pun bukan selalu..so, hasilnya..gigi da berlapis, tak teratur...
sejak2 da besar, pandai berdikari timbul kesedaran nak jaga kesihatan...da kurang minum ais coz sakit belakang bebaru ini...makan pun da kena jaga tkt elergi susahkan org plak..kalau dulu malas nak gosok gigi sebelum tdur...sejak2 dok maktab da ade rajin guna flos, lesterine, berus gigi dan sentiasa berkumur..jumpe doktor pun dok borak jer...
mengikut doktor2 gigi [baca paper] gigi perlu dijaga seawal bayi lagi...bak kata ipin betul3..rajin2la jumpe doktor gigi, buat cam kawan..jgn tkt, dia bukannyer guna spanar ke geriji ker tukul ke[pikiran ku kecik2 dulu].semua alat yg digunakan canggih2.sesuaila dgn dental...
pernah tgk iklan extra tak?ala chewing gum tu...muka da cantik tapi slek kat gigi..rosak semua..tapi tak bermakna gigi tak cantik, tak leh senyum..dulu mia pun pernah kena kutuk nga kakak sebab senyuman tak cantik..rasa tercabar gak, then mia blajar senyum..yg penting ikhlas..dah la dpt pahala sebab senyumkan sedekah..so ape lagi..alhamdulillah,bersyukurla kalau ada gigi..dan tunjukkan dgn senyuman yg menawan sebab ade ramai yg mengalami masalah sumbing takleh senyum dgn baik...so,apelagi sahabat2...SENYUM SOKMO!!!

senyum

Dec 3, 2008

bulan senyum...



Keajaiban bulan 'senyum': Luar biasa. Kelihatan bulan sabit dan planet Musytari serta Zuhrah menyerupai muka orang tersenyum atau bulan 'senyum' yang boleh kelihatan bermula kira-kira jam 8 malam tadi. Kejadian luar biasa astronomi itu berlaku lima tahun sekali turut menarik perhatian ramai rakyat negara ini yang menyebarkan berita bulan 'senyum' itu menerusi khidmat pesanan ringkas.(berita harian)

subhanallah...heboh kat blog, forum, paper dan seangkata dgnnya pasal bulan senyum..kalau tak silap dari sumber2 yg leh dipercayai, fenomena yg ajaib ini berlaku pada 1 disember lepas isyak..mia buat ape yer masa tu??tuk siapkan puzzle rasanyer...melepas...tapi ape2 pun ni menunjukka keagungan ILAHI..kan mia da cakap ALLAH LOVES US..=)

Nov 27, 2008

..ALHAMDULILLAH..

Ya Allah
Today, upon a bus,
I saw a girl with golden hair.
and wished I was as fair.
When suddenly she rose to leave,
I saw her hobble down the aisle.
She had one leg and wore a crutch.
But as she passed, a smile.
Ya Allah, forgive me when I whine.
I have 2 legs, the world is mine.

I stopped to buy some candy.
The lad who sold it had such charm.
I talked with him, he seemed so glad.
If I were late, it'd do no harm.
And as I left, he said to me,
"I thank you, you've been so kind.
It's nice to talk with folks like you.
You see," he said, "I'm blind."
Ya Allah, forgive me when I whine.
I have 2 eyes, the world is mine.

Later while walking down the street,
I saw a child with eyes of blue.
He stood and watched the others play.
He did not know what to do.
I stopped a moment and then I said,
"Why don't you join the others, dear?"
He looked ahead without a word.
And then I knew, he couldn't hear.
Ya Allah, forgive me when I whine.
I have 2 ears, the world is mine.

With feet to take me where I'd go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Ya Allah, forgive me when I whine.
I've been blessed indeed, the world is mine.

poem ni, mia amik kat page friendster mia sendiri [mia_nerd143@yahoo.com;SeNYuM SoKMo]..suka ngan poem ni coz mengingatkan mia dgn cam2 nikmat yg ALLAH berikan..memetik kata2 dalam buku 'Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia'...
"..tiadalah sekali-kali ALLAH menjadikan bagi kamu dalam agama ini suatu kesempitan pun.."
dan percayalah ALLAH LOVES US

gamelan..konvo JQAF 2008 di dewan siantan
















akhirnyer...dapat gak curik gambar gamelan dari fs kelly...
so..banyakla gambaq dia dari gambar kami..
contiang2 la...

Nov 26, 2008

cLicK a cHiLd



click a child..

actually this programme..my roomate, NADIA yg perkenalkan...ada ke org duk sibuk2 nak exam..dia dok sibuk2 cari web nak jadi volunteer..lastly dia jumpe click a child ni yg sesuai ngan jiwanyer yg gila2 tu..so, mia sebagai senior pun nak join jugak sbg tanda sokongan terhadap usahanya...oleh kerana kami berada jauh di sg.petani..tak leh nak join diorang buat event kat kl tu len la kalau uncle saiful sudi buat program kat alor staq leh la join..tp kena tgk jadual kami plak[weekend ari jumaat & sabtu]..cara paling senang nak tolong diorang juz beli baju yg diorang buat..membeli sambil menderma...beberapa minggu b4 cuti kami dapat email daripada uncle saiful ttg teeshirt terbaru diorang & program JUARA SENYUM..krn tertarik dgn teeshirt terbaru tu mia tlh berusaha bertanya uncle ttg teeshirt edisi terhad tu..nak tau, program JUARA SENYUM tu rupanya tiada sponsor, diorang juz guna duit hasil jualan baju tuk menjayakan program tu...ni antara kandungan email uncle..

Salam....
Harga kali ni cuma RM30 sehelai kalo ambil by hand tapi kalo melalui poslaju terpaksa kami kenakan RM40 sehelai...bukan apa ...CaC nak kumpulkan kutipan hasil jualan. Utk adakan aktiviti bersama anak2 Yatim dalam perancangan Jejak Juara Senyum anjuran Radiostar.....
RM30 sehelai boleh dtg dapatkan di area Tmn Tun Dr. Ismail KL.....kalo tempahan byk helai Uncle sanggup pergi deliver personally.....
Bantulah kami sebab kami tiada tajaan atau sumbangan dari mana2 pihak...kami harap benar dgn kutipan hasil jualan tees CaC nie...inilah rayuan ikhlas dari Uncle Saiful.....
Thanks Korang!



terharunyer..
so guys..ape lagi..jom sokong diorang...



bagi kawan2 yg ade kat area kl lagi senang..leh join diorang dgn menjadi volunteer.



untuk maklumat lanjut leh lawati web mereka..
http://click-a-child.blogspot.com
www.myspace.com/clickachild

Nov 25, 2008

cinta o couple


topik ni memang famous kat forum, blog, o apa2 jerla..
even ada perkataan cinta jer..beribu2 org view...
apa yg menarik sgt dgn cinta tu??

sudah jadi fitrah manusia ingin bercinta dan dicinta...especially dalam hubungan lelaki dan perempuan..malah kalau dalam AL-Quran, telah dinyatakan ALLAH telah mencipta semuanya berpasangan-pasangan, baik apa yang ditumbuh oleh bumi, atau datang dari mereka sendiri atau datang dari apa yang mereka tidak ketahui[tak dapat nak tgk ayat mana coz tertinggal mylover kat astana resort dugang]

kalau bercinta tu maybe ramai leh terima..tapi camne nga couple???
erm..bagi mia tak salah nak couple..lagi pun diusia mia ni, takkan la sahabat2 couple sebab suka2..semua berniat nak kawin..tapi kadang2 niat tu tak menghalalkan cara...ni artikel mia petik daripada halaqah.net tentang cinta dan kasih...mungkin leh membantu merungkaikan persoalan tentang couple haram...thanx muhammad fadzly tuk artikel yg menarik ini...


"Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan(couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya :

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA

Sesebuah perhubungan ‘istimewa’ antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.

KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA

Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.

Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah.


mia skip beberapa point yg diutarakan..so sahabat kalau nak tau lebih lagi leh lawati http://halaqah.net/v10/index.php?page=124

smoga artikel ini manfaat tuk semua..
sebelum undur diri..
jagalah hati hiasi peribadi...
salam ukhwah...

CUTI!!!!

salam...
cuti sbenar2nyer bermula..huhu..stiba dari putrajaya semalam..memang penat coz terpaksa naik bus 3 kali..1st dari putrajaya ke KB..then KB ke Pasir Mas..lastly dari pasir mas ke rumah..parent 'busy' sgt sampai tak dapat amik mia...takpela...
gambar2 gamelan kat putrajaya tak dapat di upload lagi..maybe next year..tapi sahabat leh tgk kat fs kelly ke teng ke pris ke...diorang ade koleksi2 hitz kami kat sana..
penat???takla..kalau nak compare ngan tahun lepas diz takde la tension sgt...cuma jib & jack jela yg asyik kena tegur coz kesilapan gendang [gendang jugak yang salah]...
we got new members this time...welcome to nizam & TaQi..nampaknyer diorang terpaksa mengambil alih gamelan next year...du worry..cik nik sporting jer juz kena tahan ckit jer..juz follow what she want..JANGAN MELAWAN!!...
mia tak nak cite pasal gamelan lagi..maybe the next post mia citer with candid2 yg menarik dari kami...

apa yg menarik kali ni..
walk alone...
best ke berjalan sendirian???erm..memang membosankan...tapi yg bestnyer dapat berdikari...
kali ni mia walk alone lagi [sampai hati mami & ayah tak tunggu mia!!]
last saturday ader dating with nuyu & zu kat KL..bygkan dari putrajaya ke KL...terpaksa tunggu metrobus seorang kat presint 9 tu..sampai aje di pudu terus ke transnasional tuk beli tiket bus..sesak sgt org kat pudu tu..tp terubat dgn sapaan mesra dari abg kat kaunter trans.huhu.lepas tu naik LRT ke hang tuah..sebab da janji nga zu nak p time square..tunggu nuyu jab kat hang tuah..tak sangka abang mat nuyu pun ada jugak with syamir yg comel.tp diorang tak join kami la..bila semua da gather di time square, kami check time wayang selamat pagi cinta..kemudian ke kenny roger..melatak ayam kat situ..sedapla coz lapar.huhu..kali ni mia terpaksa jadi pemandu pelancong tak bertauliah nak bawak zu & nuyu ke PAVILION..ingt2 lupa jln ke sana dari TS..alhamdulillah akhirnya jumpe gak even berhenti 1jam di low yat.hehe..punyerla besar pavilion tu sampai nak cari surau pun susah..terpaksa buat keputusan solat kat time square..zu terus balik ke UITM coz ade training for university games..mia & nuyu plak ke time square...skejab jer kat sana..coz sue memang da pesan balik awal..dalam kul 530 lepas beli barang sue kat mydin, mia teman nuyu next LRT[ nuyu 1st time naik LRT sorang2]..sampai di hang tuah mia tukar naik monorail ke kl central..manakala nuyu terus ke maluri...1st time nak naik ERL..memang menakutkan..coz tak biasa ngan klcentral...thanx kat zu penyelamat keadaan..even guna handfon jer beri panduan..akhirnya dapat sampai rumah sue dgn jayanyer.rasa bangga la plak...memang pengalaman r..takut tapi seronok.hehe...so kawan2 jangan takut mencuba!!hehehe

Nov 13, 2008

YEAH!!

YEAH!!!!
sem6 da berakhir..ada setahun lagi sebelum tamat pengajian di IPSAH ni...insyaALLAH, dapat tamat dengan jayanyer..
erm..rancangan tuk cuti panjang ni??memang telah disenarai panjangkan..kui3..
berehat je kat rumah...tapi b4 balik rumah, geng gamelan akan bertolak ke PUTRAJAYA pada 15hb ni tuk majlis konvokesyen JQAF..maen lagi..tapi yang sepoinyer..dalam 5 hari kami berkampung di sana,rupa2nyer persembahan kami adalah pada hari kelima..apela yang kami nak buat spanjang 4 hari tu...round alamanda la gamaknyer..

Nov 8, 2008

BERBAIK SANGKA (^_^)

MANUSIA HARI INI SUKA
BERSANGKA-SANGKA
ADA SANGKAAN BAIK
ADA SANGKAAN BURUK
~~~~~
ORANG BERIBADAH DISANGKA RIAK
ORANG YANG RELAX� DISANGKA� MALAS
ORANG YANG PAKAI BAJU BARU DISANGKA MENUNJUK
~~~~~
ORANG YANG BAJU BURUK� DISANGKA ZUHUD (HINA)
ORANG YANG MAKAN BANYAK DISANGKA PELAHAP
ORANG YANG MAKAN SIKIT DISANGKA� KEDEKUT
ORANG YANG BAIK DISANGKA BURUK, ORANG BURUK DISANGKA BAIK
~~~~~
ORANG� SENYUM DISANGKA� MENGEJEK
ORANG MASAM DISANGKA MERAJUK
ORANG BERMUZAKARAH DISANGKA MEGUMPAT
ORANG DIAM DISANGKA SOMBONG
ORANG MENAWAN DISANGKA PAKAI SUSUK
ORANG NAMPAK CERIA DISANGKA MEMBELA
~~~~~
MANA TAU YANG DIAM ITU KERANA
BERZIKIR KEPADA ALLAH
MANA TAHU YANG SENYUM ITU KERANA BERSEDEKAH
MANA TAHU YANG MASAM ITU
KERANA MENGENANGKAN DOSA
~~~~~
MANA TAHU YANG MENAWAN ITU KERANA
BERSIH HATI DAN MINDANYA
MANA TAHU YANG CERIA ITU KERANA CERGAS CERDASNYA
~~~~~
JAUHI SIKAP SUKA BERSANGKA SANGKA
KERANA IA BAKAL MEMUSNAHKAN� UKWAH
SAPERTI MUSNAHNYA KAYU DIMAKAN API
SATU BENDA YANG KITA LIHAT,
MACAM MACAM KESIMPULAN
YANG BOLEH KITA BUAT, SEMUANYA BERGANTUNG
BAGAIMANA KITA MELIHATNYA.
“TEGAKKAN ISLAM DALAM DIRI KAMU……NESCAYA
ISLAM AKAN TERTEGAK DIATAS BUMI KAMU”
~~~~~
- IMAN AL-SYAHID HASSAN AL- BANNA.

Sep 21, 2008

perkara ajaib tersembunyi di minda

salam...
rasa nak kongsi satu artikel best..tadi dok ronda web coz penat buat asemen..sahabat leh try masuk www.iluvislam.com [saper yer yg memperkenalkan web ni kat mia??]
maafla, klu bab minda mia teruja ckit...mayb mia da biasa 'sendiri' jadi mia suka monolog..


Perkara Ajaib Tersembunyi di Dalam Minda
www.iluvislam.com
oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
dihantar oleh: putribalqisz


Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”



2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Sep 14, 2008

welcome back..

salam..
akhirnya berjaya menjejak jari ke blogger...
banyak yang terjadi beberapa bulan ni..
ada suka ada duka..
tapi yang pasti semuanya menguji kesabaran & kesyukuran kepada ILAHI...
skang mia & sahabat2 OUM6A duk pulun kat sekolah..
termasuk minggu ni, da 5 minggu kami kat sekolah..
alhamdulillah...
pengalaman kat sekolah banyak mendidik diri mia supaya lebih bertanggungjawab dan berdikari..
berdikari??erm...camne seorang guru boleh kawal hampir 50 orang murid dalam satu masa..
setiap murid mempunyai personaliti berbeza dan memerlukan pendekatan yang sesuai..
mencabarkan??berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...
rasa tercabar jugak apabila ada segelintir daripada murid-murid tidak memberi kerjasama [biasala kanak-kanak]
lagi menyakitkan kalau masa lecturer datang observe, diorang buat sepoi..
setakat ni, mia tak mengalami lagi..tapi tiba2 murid jadi pasif masa lecturer kat belakang tu adela..
tanya soalan tak nak jawab tiba2..biasa bukan main hyperaktif...
huhu
namun, dalam tension, stress ni..
mereka la penghibur bagi mia...
ada sahaja karenah mereka yang buat mia geli hati..
topik yang selalu mia & zila borak..mau pecah perut bila dok sembang pasal murid-murid..


Jun 23, 2008

sem enam

membuka tirai semester enam kali ini dengan sambutan hari guru peringkat Ipsah..3hari 2 malam berturut2[cam campingla plak] ..biasala pengisian dengan persembahan lecturer & pelajar[frust tak sempat tgk dikir barat!!!]..pastu brita gembira..assembly tiap2 ari dipertimbangkan untuk tidak diadakan..huhu..berita sedey..praktikum nga kajian tindakan..duit tunggakan tak dapat..isk!isk!..blog pun da kena blok..friendster ape tah lagi[mat taknak bagi tau camne nak lepas blok tu]..makin lama makin bz..

Jun 14, 2008

elergi coklat??



elergi???baru tau azabnya gatal ni...tido tak kena..berdiri pun salah..makan tak lalu..mandi pun segan..mia start elergi ni masa gathering OUM kat dewan wawasan [ntah ape yang ditelan masa kat sana]..1st ingat cam kes biasa..kes panas sejuk kimah & pris..buat biasa je la..even masa tu rasa nak garu jer depan Naib Presiden OUM tu..tringat pepatah ustaz hasrizal dalam ceramah fiqh for traveller.."cinta ni macam kurap, makin digaru makin sedap"..betulla..makin garu, makin best...luka tu usah kirala..memang banyak...tapi diriku tetap bertahan semata2 semangat balik kampung ni..makin lama makin bengkak..mata da macam orang menagis kena tinggalkan pakwe jer[sori yer,tak nangis pun]..semua dok tegur..nak salam pun segan, kot2 t jangkit kat orang lain plak..then kat dalam bus..dgn apeznyer kat tepi, memang tak peduli..gatal sangat..last2 apih kasian,cadang aku dengar mp3 ker radio ker[betul gak.awat tak terpikir]..supaya tak tumpu kat gatal tu..alhamdulillah,dapat la lelap gak atas bus..sesampai kat rumah dekat kul 4pagi, terkejut tgk kaki da bengkak..muka ni macam gambar kat atas..satu badan gatal..mami amikkan cuka & kunyit lumur seluruh badan aku..abih kain batik, karpet kena warna kuning..nak tunggu kul 9 klinik nik azam bukak memang seksa..memang nasi tak sentuh langsung..makan kuih jer..bagi menghabiskan masa, buat sesi orientasi nga anak2 buah[biasa danish, erfa & erfan confirm nangis]..maklumla lama tak jumpe..bergurau senda la sikit..dekat kul 10 p klinik..malu2 plak kat tunjuk ic...tak rupa langsung nga muka masa tu..doktor nik azam tu suntik, then bagi ubat yang sewaktu dengannya..sikit nasihat darinya, suh jaga pemakanan[confius, ape yg takleh makan sebenarnya]..esoknya, tringin makan coklat kat dalm peti tu..lepas makan jer..erm, terus merah2 satu badan..takkan elergi nga coklat kot.tak pernah2 camni..so, sebagai langkah berjaga2 sampai ari ni tak makan coklat bar tu..tapi milo, kek coklat tu leh trima lagi..alhamdulillah takde pape...so, sebagai pengajaran...beringat2la masa makan..jgn main hentam jer..hehe

May 31, 2008

HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA

Baru kejab tadi bicara siswa ke udara kat tv1...bukan ape, malas nak tgk ke dengar YDP UM saudara Afendi dok mengulas isu gejala sosial..isu yang paling popular kuar dalam karangan UPSR,PMR,SPM...tapi yang berbeza isu ni pasal gejala sosial di kalangan mahasiswa [erm..tak rasa mia ni siswa kan???]..adakah faktor pembangunan negara yang menjadi punca??bak kata YDP Kolej Islam Selangor la..saudara farid haji din [cita-cita nak jadi ulama] pembangunan tu penting, tapi biarla seimbang antara material dan rohani..betul jugak katanya...
Lantaran itu, mia nak ucap SELAMAT HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA yang kita sambut untuk julung kalinya pada 31 MEI 2008...
Kalau cakap pasal tembakau..sure kita ingat rokok..bak lagu dan irama, cam tula rokok dan tembakau..saling berkaitan..dalam family mia, alhamdulillah la..abangku jer yang isap rokok..ayah dulu pernah isap, tapi sebab kesempitan wang, terpaksala batalkan niat yang ‘suci’ tu...
Rasanya ramai yang sedar, kaum Melayu paling ramai isap rokok[yela, melayu paling ramai kat Malaysia ni]..tapi tahu tak, kalau beginner isap rokok lebih 40 btg dalam satu hari, confirm mampus..ini kerana otak memberontak untuk menyesuaikan diri dengan nikotina yang ‘melampau’ tu..dan sebagai pengetahuan, setiap saat seorang perokok akan meninggal coz tembakau..huhuhu..menakutkan..
Kalau ade sapela yang baca MINGGUAN 25 MEI 2008, dalam sisipan kesihatan...Prof Dr. Karl Fagerston terkejut masa datang kat negara kita, ramai wanita merokok secara terbuka [budak sekolah lagi berani]..nikotina pada tembakau sebenarnya buat otak kita lebih ‘power’ cam kat AS, kebanyakan doktor memang isap rokok..
Tapi rokok sama jer nga dadah...menyebabkan kita ketagih & pergantungan kepada nikotina ni...tak kira la rokok ke cerut ke shisha ker, semuanya bagi effect kat body kita dan orang sekeliling kita...masa sekolah dulu,rasanyer kaunselor selalu adakan pameran anti rokok kan??tapi ramai gak budak sekolah isap rokok kan???erm..so nak blame kat saper yer??kalau da ketagih memang susah nak berenti..so, orang2 yang tersayang perlu memainkan peranan la..kuatkan azam..semoga orang2 yang mia sayang & cinta, yang syok merokok skang..mulakan langkah pertama..GUD LUCK!!

May 26, 2008

PISMK_OUM



Dr.Baha[penyelaras] semasa anugerah PhD

PISMK_OUM Pengajian Melayu..[sentiasa bersama]
..
ni la kami..masih mentah, cam budak2, sentiasa hepi..tapi disebaliknya tersirat 1001 kenangan pahit dan manis yang terpaksa kami tempuhi sebagai pelatih PISMK-OUM Pengajian Melayu..
kami terpaksa berdepan dengan MQA yang kurang yakin dengan kemampuan OUM untuk menganugerahkan ijazah..impaknya terlalu besar bagi kami..MQA telah membuka mata semua lecturer dan junior2 tentang kehadiran kami di IPSAH..
jika sebelum ini, kami sering dipinggirkan dari terlibat dalam sebarang aktiviti maktab..malah opsyen kami macam tidak wujud ditambah lagi dengan kelas terapung yang sangat menyakitkan hati..
setelah tahun ketiga kami di sini, akhirnya IPSAH terpaksa mengembleng tenaga untuk kami..menyediakan pelbagai kemudahan termasuk bilik operasi OUM, kelas tetap dan mula bersama kami berjuang untuk mendapat pengiktirafan dari MQA..
masih terbayang ayat dari junior yang menusuk kalbu..katanya kami ini sombong, berpuak2, buat muka tak puas hati, berlagak...
rasa nak cepuk jer budak tu..dari luaran memang mia ngaku kami sentiasa bersama..tapi bak kata pepatah 'tak kenal maka tak cinta'...sekurang-kurangnya kami tak pernah buat hal dengan HEP, tunjuk contoh tak baik kat junior...
--yang indah itu bahasa--

May 18, 2008

CiNtA TiGa SeGi


SEtahUn sUdaHkU mEnUngGu dIrImU
akhIrnYa kaU mEnJadI mIlIkkU
sUkarnYa UntUkkU mElUpakaN mU
kErna kaU kU cIntaI sElalU
tapI saYanG kEhadIraN kEkasIh laMamU
daTanG kEmbalI mEngEnanG cInTa daHulU
mEngapa InI sEmUa harUs bElakU
aPakaH InI sEmUa kErna dIrIkU
sEdanGkaN akU cUma waTak daLam pEcInTaaN
tak sanGgup akU mElEpaskaN mU
kaU IbaraT tEpEranGkap dI tEnGa laUtaN
tak tahU maNa aRaH uNtuk kaU mEnuJu
aNdaI kaU pInTa uNtuk mElEpaskaN mU
tErpakSa akU tUrUtkaN
daN JuGa InI sUatU pEngaJaraN
dI daLam pEcInTaaN
..
nina yang 1st perkenalkan lagu dari penjara ni..most blogger yang mia jumpe cakap lagu ni dicipta oleh dua orang banduan dari singapura dan malaysia..ayie & hazwan klu tak silap..erm, ceritanya pasal 'cinta' jer..si ayie bunuh bakal tunangnya ayu coz before diorang nak kawen, ex-ayu kembali kepada ayu.ntah ape2..tapi kecoh gak malaysia ni coz lagu unplugged ni cam bez jer
--------------------
bila cakap pasal cinta tiga segi ni la..erm, menurut pengalaman mia la[hehe]..nape sampai sanggup bunuh, sakiti hatinyer..da klu dia bahagia bersama orang tu, why not kita lepaskan jer...untuk kebahagiaan bersama gak..lagipun, kebahagiaan ini kurniaan ILAHI..kita leh rancang leh cakap nak bahagia but klu DIA tak bagi nak buat camne..so, takyahla dok tiru benda2 camni..tiada yang paling menyeksakan dalam bercinta jika kita gembira atas derita orang lain..buat my bezfren yang dalam dilema skang..mia pesan satu jer, jaga-jaga dengan hati..

May 10, 2008

tanpa - sixth sense

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Ku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

lagu ni mia tuju kat kak ann..
sebab mia memang takleh 'idup' tanpa kak ann..
sape nak masak air panas..
sape nak layan mia cam adik..
hehe..
gurau jer..

May 5, 2008

love is an Allah's gift..


Permata Yang Dicari
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

May 4, 2008

MiA LeS??

masih aku ingat soalan ni...klu tak silap dlm thn 2004/2005...pertanyaan yg diutarakan oleh orang yang aku sendiri aku tak sangka..my sister..jawapan aku hanya satu jer..'mu pilih nok aku kata mu gilo ko bodoh'..bukan nak salahkan dia..masa tu aku memang rapat nga bestfren aku..yela, name lagi bestfren..ke mana saja bersama-sama..kebetulan kami sama-sama takde boyfren..entahla,kawan-kawan aku bukan jenis suka ber'couple'..nak buat camne..=)..
itu cerita aku..bestfren aku pun kena gak..klu tak silap masa aku kat ipsah..2006..satu ari dia mengadu kat aku..tension orang duk pandang slek kat dia..kata dia les..member2 baik dia satu class plak tu..mula-mula tergelak gak aku..yela,org da buat baik boleh dia cakap lesbian..tapi tindakan bestfren aku ni yang paling aku bangga..dia explain kat orang yang rapat nga dia jer..yang len tu insyaALLAH akan tau sendiri..dulu masa zaman sekolah bestfren aku selalu gak kena kacau nga seorang les..camne cite leh jadi camtu???aku sendiri taktau..tapi nasib baik les tu pindah sekolah...
skang da takde lagi persoalan yang menggelikan ni..aku dengar pun tumpang geli..hehehe..
arap 'dia' pun dapat tangani semua ini..bukan hanya berpeluk tubuh..seolah-olah mengiakan segalanyer..aku memang tak percaya bila dgr..tapi cara 'dia' seolah-olah mau aku percaya..bukan isu itu yang menjadi permasalahan..tapi tindak tanduk kita akan dinilai..
-----------------------------------------------------
kebanyakan orang akan menghabiskan masa dan tenaga memikirkan masalah bukan cuba untuk menyelesaikan

May 3, 2008

KAJIAN


PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELAJAR BAHASA MELAYU


From: bahterabahasa, 5 months ago





Telah dibentangkan dalam SETALING II pada 24 Januari 2007 anjuran FASS, UBD. Artikel penuh boleh dirujuk dalam Prosiding SETALING II: Multibahasa Pencerna dan Pewahanaan Ilmu Pengetahuan


SlideShare Link

Apr 20, 2008

Kami Ahli Pengakap Kanak-kanak


hasil kami setelah satu tahun setengah ber'pengakap'

unggun api

PULAKO
..
akhirnya tamat gerko beruniform pengakap..setelah tiga semester lepak bawah pokok[kata-kat En Judin]..macam-macam kami belajar..especially ikatan la..kawat time kejohanan olahraga..kursus induksi kat ipda..camping manik kayu kat PULAKO ipsah..paling best siapkan buku log..daripada seburuk2 buku kami tukar gak kepada buku log baru..jeles mia tgk buku log palie masa camping hari tu..cantik, kreatif..even sepanjang perjumpaan jarang-jarang jer lecturer datang jenguk..tapi segala aktiviti dalam modul PISMK berjaya gak kami habis kan dengan jayanyer atas kerjasama semua..thanxx kat kelly yang banyak ajar kami tentang simpulan..kat najib yang menjalankan tugas dengan sabarnyer..and all pengakap yang stakat ni tak pernah terperangkap macam IPPerlis[nazer&the gang]..dun woryy guys..harap kita dapat praktiskan kat sekolah t..DA!!

Apr 19, 2008

KonVo IPSAH 27_gameLan

jack dgn tengkoloknyer

we wif madam eng & cik nik

mia wif kempul

melodi & bunga
yg memeriahkan suasana kat blakang
bergaya dgn kereta sultan kedah

KonVo IPSAH 27_gerai PISMK

gerai Yan (zila & dila sibuk nga kepok lekor)

wa..bunga masa promosi [3kuntum RM2]


apih [bersama TESL]


usahawan wanita berjaya [zifa]


sempat lagi makan

gerai Zifa
[penuh nga dak kelas kami, diorang bkn beli pun]

Apr 14, 2008

IPDA_konvo JQAF

Cik Nik [penat dia jaga kami yg nakal ni]


..tergelak dgn telatah lecturers..


buat peace ngan 4jari[idea en Z]



kemaskan alatan masing2
..


Kami baru dapat gambar ni dari En Bob..so, kesempatan yg ade ni, masuk jer dlm blog..hehe..teringat lagi, masa tu cuti sekolah, pris mesej suh balik ipsah..dgn rasa berat hati p la jugak..nasib baik makan minum tiket maktab tanggung...bersyukurla jugak yer..memang penat training..even mia just men kempul..pagi, petang, malam..sampai tidur pun bunyi muzik gamelan lagi..berhantu tu...10hb12 kami bertolak ke IPBA...ade beberapa IPG yang hadir..adela jumpe member2 masa MPKB dulu..satu dorm plak tu..kami men gamelan pada 13hb, so bagi mengisi masa lapang, p la jalan2 midvalley..tringatla kenangan dulu2..takpela,amik pengajaran kata orang..12hb malam kami kena angkat barang2 dari bas ke dewan IPBA..punyala jauh,da la bertangga..leceh betull..malam tu plak, nak ubah lagu tu la ni la..mula2 tu tension gak..alhamdulillah,jgn pk byk2 ketua HEP blanja makan.huhu..esoknya, cam gempak gak..nga baju kebaya, baju melayu..well,tahniah semua..akhirnya kita berjaya sekali lagi tuk konvo ini..walaupun badai melanda..dapat harungi gak..alhamdulillah..berkat usaha semua..harap2 tahun ni bukan kita kena p konvo jqaf..

Apr 9, 2008

before Konvo


setelah selesai kemas alat

sapela yang brani dera kak ann ni??

kecian nuyu..takleh nak posing nga gong agung

Apr 7, 2008

FAIL MQA

wif file sem 1[finish!!]
group sem 3


bekerjasama siapkan fail MQA







..jib, aery, pris..


..


.





malam ni penuh balai ilmu dengan dak kelas kita...dengan bisingnyer...dengan fail penuh satu balai..dengan hujannya..dengan kertas divider, page depan, senarai semak..semata-mata tuk MQA..sorila kat group sem5 kena sound ckit dengan mia..yela, sekejab kata 22, lepas tu 23, lepas tu kata cukup 25..mana satu ni sayang..last2 kami kira balik, betul 23..dua orang tak dapat lagi..salah mia terlupa print tuk kelly & mimi..apez plak kena marah..hehehe..bayangkan 150 fail dibahagi kepada 6 bahagian..terima kasih atas kerjasama semua..yela,tuk kepentingan masing2 gak kan?? alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar..ade sorang dua yang mia terlupa & tersilap name..sorila jojo, lupe name hang..hehe..even da ingatkan..tapi pening banyak sgt kena buat..trima kasih kat printer JOJO & KIMAH[awal2 lagi da abih ink] yang banyak berjasa..t claim duit kelas..trima kasih kat nota mail merge kak ann..satu petang duk pk camne nak buat..last2 tau jugak..huhu..tahniah tu me..trima kasih kat kawan baik, Kelly..sampai bengkak mata tidur lewat tolong mia siapkan divider..trima kasih tuk KAK ANN sediakan air panas nak minum radix..stay up la konon..hehe...
ape2 pun sila lengkapkan fail masing2 dan kumpulkan di bilik OUM..

Apr 4, 2008

wireless network connection - WLAN GUEST

sambil buat ament sambil bincang nga class mate
classmate - hampir smua on ym
sejak2 ade wireless kat hostel, memang lengang la pusat sumber.. klu tak silap awal bulan april baru wireless dapat sampai hostel..memang best..tapi sayang friendster kadang-kadang kena block..jrg2 jer mia dapat masuk..tapi itu tak penting pun..sebab ade khabar2 angin frienster tu tak elok..
klu dulu dila sanggup naik atas nak amik gambar..skang tak payah dah..send jer melalui ym..klu dulu kena ata mesej kat zifah tanya mesin basuh 'free' ke tak..skang ym jer..jimat kredit..samala jgk klu nak tanya sape nak kuar makan petang..awal2 da siap janji, lewat ckit kena tinggal..dulu KK kami najib send mesej kat satu kelas klu ade hal pasal kelas...skang tak payah..ym jer,kita pun leh tanya nape, bila??..
tu pasal kat ipsah sendiri...klu dulu jrg2 jer ym nga zha, tu pun klu turun library tak bz..skang tiap2 malam leh ym..malam2 pun takdela sunyi sgt nak buat ament..kadang2 buzz ke semi, kak ann..
tapi implikasi plak kepada sifat malas...yela,kelly kat bilik sebelah pun guna ym jer klu ade ape2..selalu sgtla mintak kak ann panaskan air nga ym, da siap baru terhegeh2 p bilik kak ann..rasa malas jer nak bgn dari kerusi..nasib baik tak tumbuh bisul jer..hehe..ape2 pun terima kasih kat pihak IPSAH especially kat mantan pengarah ipsah dulu coz sanggup pasang wireless kat hostel..free plak tu..Alhamdulillah..