Apr 1, 2009

'untuk'

perbentangan jack semalam mendapat pujian daripada en.khairy..1st sebab dia da dapat menulis kat papan putih dengan baik & cantik plak tulisan tu..2nd coz dia da ade improvement dari segi keyakinan semasa membentang...cayala jack!!.
tapi mia bukan nak kongsi kehebatan jack masa present..tapi input yg dia sampaikan, telah mencetus minda mia & kelly [mau gaduh juz benda kecik]..tajuk pembentangannya ialah kata hubung pancangan..termasuklah pancangan relatif, komplemen dan keterangan...kalau dak2 BM of cozla tau ape itu kata relatif [yang], kata komplemen [bahawa,untuk] dan kata keterangan [untuk, sambil, & macam2 lagi]..
so isu ni telah ditimbulkan oleh jack, kemudian dapat respon daripada syai...
kegunaan kata 'untuk' dalam tiga kategori berbeza...
1. kata komplemen
2. kata keterangan
3. kata sendi nama

---------------------------------------

kata komplemen...komplemen tu sdiri da merujuk kepada complete yang bermaksud lengkap.. contoh yg diberikan oleh jack..

~~ Untuk menang dalam pilihanraya tersebut agak mustahil
apabila disongsangkan
~~ Agak mustahil untuk menang dalam pilihan raya tersebut
apabila 'untuk digugurkan
~~ Agak mustahil menang dalam pilihan raya tersebut
maksud ayat still sampai..tapi macam ade yg tak best jer ayat di atas [tak gramatis]...so, dapat disimpulkan 'untuk' bagi komplemen hanya berfungsi melengkapkan..

kata keterangan..of coz la tuk menerangkan sesuatu..contoh yang kita pilih

~~ Nira dikumpul untuk dibuat manisan
kenapa nira dikumpul??sebab nak buat manisan..ni adalah fungsi untuk bagi menerangkan sesuatu..

kata sendi nama..[akan dibentangkan oleh mimi nanti] untuk bagi kata sendi ni ada dua fungsi..1. menunjukkan kegunaan 2. menunjukkan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan..contoh dalam tatabahasa dewan

~~ Kereta itu untuk kegunaan pejabat
~~ hadiah itu untuk mu.
cuba la kita ngada2 gugurkan perkataan untuk dalam ayat di atas..
~~ Kereta itu kegunaan pejabat.
~~ Hadiah itu mu.
sikit pun tak gramatis..so dapat disimpulkan, untuk kata sendi nama tidak boleh dipisahkan..manakala untuk bagi kata komplemen boleh dipisahkan..

so, jgn pening2 lagi..siapkan asemen apa yg patut..hehe
renung-renungkan dan selamat beramal...

2 comments:

mister clique said...

awuuuu...
bangge ngan rmate yang hebat~

Ivo Serenthà said...

Greetings from Italy,good luck

Hello,Marlow