Apr 13, 2009

trip @ Kelantan

ni 'trip zifa wedding' 13,14 Mac 2009 ari tu..baru berkesempatan upload gambar ni..masa tu, kami singgah dulu kat kelantan..nomad sat..hehe..macam2 gelagat diorang...kelly & zila dok baca setiap signboard yg diorang nampak..pastu gelak..ade gak nak kena ketuk ni...sonok2 gak..kelakar pun ade..hehe..gambar2 ni pau kat kelly..ada yg dia da edit coz nak letak kat friendster..so, mia pun pau sekali..enjoy yer..

selamat datang ke Kelantan

team johor & melaka

singgah kat Tanah Merah..cheq rasa cam bawak dua 'alien'

kelly kat rantau panjang

kat rumah farah..jom round KB!!

zila kat pasar MPKB

jack ngah try baju..

akhirnya kami pilih 'ini' tuk wedding zifa

Zifa Wedding!!

akhirnya...mia upload gak gambar wedding zifa ni...sowi yer lambat ckit..hehe..tiba2 rasa nak edit gambar2 kami kat sana..coz muka mia burn sgt coz KOT tempoh hari..hehe..even da edit ckit..still nampak burn..salah mia jugak..takpe2..hehe..ni jer yg sempat mia edit..nak amik gmbr nga deeba tuk majlis akad nikah..hehe..see you..salam


bergambar dgn hadiah kelas PISMKOUM 7A


nak gak amik gambar ngan pengantin

mia & kelly sama baju

semoga berbahagia hingga akhir hayar..insyaAllah..

Apr 10, 2009

pulau aman


tunggu bus kat depan koop

sampai di jeti batu musang

bot ke pulau aman

sonoknye hangpa



peta Pulau Aman

S.K.Pulau Aman

pemandangan Pulau Aman

jambu bunga

cara buat kopok sukun

pilih makanan laut segar2

selamat datang ke restoran terapung Pulau Aman

menunggu hidangan

mia & zila

our makanan.hehe

zila tgk ajar kopek udang

farah senyum je even penat

jack dok tunggu bot

pejam kimah t pening plak


Apr 1, 2009

'untuk'

perbentangan jack semalam mendapat pujian daripada en.khairy..1st sebab dia da dapat menulis kat papan putih dengan baik & cantik plak tulisan tu..2nd coz dia da ade improvement dari segi keyakinan semasa membentang...cayala jack!!.
tapi mia bukan nak kongsi kehebatan jack masa present..tapi input yg dia sampaikan, telah mencetus minda mia & kelly [mau gaduh juz benda kecik]..tajuk pembentangannya ialah kata hubung pancangan..termasuklah pancangan relatif, komplemen dan keterangan...kalau dak2 BM of cozla tau ape itu kata relatif [yang], kata komplemen [bahawa,untuk] dan kata keterangan [untuk, sambil, & macam2 lagi]..
so isu ni telah ditimbulkan oleh jack, kemudian dapat respon daripada syai...
kegunaan kata 'untuk' dalam tiga kategori berbeza...
1. kata komplemen
2. kata keterangan
3. kata sendi nama

---------------------------------------

kata komplemen...komplemen tu sdiri da merujuk kepada complete yang bermaksud lengkap.. contoh yg diberikan oleh jack..

~~ Untuk menang dalam pilihanraya tersebut agak mustahil
apabila disongsangkan
~~ Agak mustahil untuk menang dalam pilihan raya tersebut
apabila 'untuk digugurkan
~~ Agak mustahil menang dalam pilihan raya tersebut
maksud ayat still sampai..tapi macam ade yg tak best jer ayat di atas [tak gramatis]...so, dapat disimpulkan 'untuk' bagi komplemen hanya berfungsi melengkapkan..

kata keterangan..of coz la tuk menerangkan sesuatu..contoh yang kita pilih

~~ Nira dikumpul untuk dibuat manisan
kenapa nira dikumpul??sebab nak buat manisan..ni adalah fungsi untuk bagi menerangkan sesuatu..

kata sendi nama..[akan dibentangkan oleh mimi nanti] untuk bagi kata sendi ni ada dua fungsi..1. menunjukkan kegunaan 2. menunjukkan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan..contoh dalam tatabahasa dewan

~~ Kereta itu untuk kegunaan pejabat
~~ hadiah itu untuk mu.
cuba la kita ngada2 gugurkan perkataan untuk dalam ayat di atas..
~~ Kereta itu kegunaan pejabat.
~~ Hadiah itu mu.
sikit pun tak gramatis..so dapat disimpulkan, untuk kata sendi nama tidak boleh dipisahkan..manakala untuk bagi kata komplemen boleh dipisahkan..

so, jgn pening2 lagi..siapkan asemen apa yg patut..hehe
renung-renungkan dan selamat beramal...

Mar 29, 2009

Earth Hour


seminggu sebelum semalam, da ada desas desus pasal nak sambut earth hour...mia mula tertarik bila Kiehl's anta mesej di atas kat email mia...erm, bunyi cam best jer..tanya roOmate mia yg da sminggu letak shoutout sokong earth hour kat skype..even pada ari jumaat kami da ditarik nikmat hampir 12 jam coz takde letrik..kami tetap sokong...klu masa mia kat kota sarang semut ari jumaat tu [rumah mak mertua kakak] da rasa bahang kehangatan coz family asyik sebut pasal earth hour ni, kat ipsah lagila hangat..mana tau, semua sokong...tepat kul 830 malam semua tutup lampu aras kami[nadia & kak ann dok countdown]..dgn lampu2 aras kami ditutupnya...so, rasa cam boring gakla nak isi masa dalam sejam tu..lampu hp & lampu laptop jer bercahaya..so, nadia & jojo hidangkan konsert af dgn laptop nadia..mia, nuyu, kak ann, zila [lambat ckit] dok layan jer..mia smemangnyer bukan peminat af pun join jugakla...walaupun hanya sejam jer, kalau satu billion org turut sokong..hasilnya dapat mengurangkan pemanasan global yang semakin meruncing [teringat tajuk zila bentang]..jadi..sayangila bumi kita..klu bukan kita sape lagi..klu bukan skang bila lagi??..

Mar 27, 2009

ahmad bukhatir..Ya Ummi


lagu ni mia tujukan tuk orang paling mia cinta kat dunia..yang sentiasa di hati mia..baik dalam kegembiraan mia dan kedukaan mia yg dialami selama ini...jasa yg tak dapat mia balas di dunia ni..sentiasa tersenyum tenang even kesakitan yang dipikul tak tertahan lagi..menguruskan kami sekeluarga dengan cekap skali..hingga kami berjaya seperti hari ini..merupakan anak yang berjasa kepada ibu..contoh terbaik, kami perlu ikuti...mummy..i love you so much..i miss u even i am standing in front you..

Album: Samtan (In Silence)
Lyrics
CHORUS
I will return oh mother لسوف أعود يا أمي
And kiss your chaste head أقبّل رأسك الزاكي
And supress (blame?) my desires أبتّك كل أشواقي
And taste the scent of your blessings وأرشف عطر يمناك
Besmirch in the richness of your feet أمرغ في ثرى قدميك
my cheek when I meet you خدي حين ألقاك
Water the soil with my tears أروي الترب من دمعي
Happy that you are aliveسرورا في محياك

How many nights did you stay up late فكم أسهرت من ليل
So that I could sleep to my content? لأرقد ملأ أجفاني
And how many times did you thirst وكم أظمأت من جوف
So you could quench my thirst with your tenderness? لترويني بتحناني
And one day I was Ill, I do not forget ويوم مرضت لا أنسى
The tears from you that were like the rain دموعا منك كالمطر
And your eyes which stayed awake وعينا منك ساهرة
fearing that I may be in danger تخاف علي من خطر
And the day we parted at dawn ويوم وداعنا فجرا
and Oh what a harsh dawn that was وما أقساه من فجر
Words cannot explain what يحار القول في وصف الذي
I felt when I abandoned you لاقيت من هجري
And you told me things which I still وقلت مقولة لا زلــت
remember throughout my life مدّكرا بها دهري
"You will never find a heart محال أن ترى صدرا
more tender towards you than mine" أحن عليك من صدري
"You will never find a heart محال أن ترى صدرا
more tender towards you than mine" أحن عليك من صدري

CHORUS

obedience to you, oh want of my life.. ببرك يا منى عمري
[is what] the God of existence has instructed me to do. إله الكون أوصاني
Your content is the secret of my success رضاؤك سر توفيقي
And my love of you is the secret of my beleif وحبك ومض إيماني
And the sincerety of your prayer [for me].. وصدق دعائك انفرجت
has resolved my misfortunes and my sadness به كربي وأحزاني
My love towards you.. ودادك لا يشاطرني
no human being loves anything like it به أحد من البشر
You are the beating of my heart فأنت النبض في قلبي
And you are what lights my vision وأنت النور في بصري
And you are the tune on my lips وأنت اللحن في شفتي
My problems cease when I see your face بوجهك ينجلي كدري
To you I do return oh mother إليك أعود يا أمي
Tomorrow I rest from my journey غدا أرتاح من سفري
And a second age will begin for me ويبدأ عهدي الثاني
and the branches will blossom with flowers ويزهو الغصن بالزهر

Mar 24, 2009

surat cinta untuk jiwa



surat ni sahabat baik mia, za anto kat email xie_mialley@yahoo.com ..thanxx za...len kali send byk lagi artikel untuk jiwa ini..bagi mantap ckit..insyaALLAH
buat renungan bersama

Surat ini kutujukan untuk diriku
sendiri serta sahabat-sahabat
tercintaku yang insyaAllah tetap
mencintai Allah dan RasulNya di atas
, kerana hanya
cinta itu yang dapat mengalahkan
segalanya, cinta hakiki yang membuat
manusia melihat segalanya dari sudut
pandangan yang berbeza, lebih bermakna
dan indah.
Surat ini kutujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
kerap kali terisi oleh cinta selain
dariNya, yang mudah sekali terlena
oleh indahnya dunia, yang terkadang
melakukan segalanya bukan keranaNya,
lalu di ruang hatinya
yang kelam merasa senang jika dilihat
dan dipuji orang, entah di mana
keikhlasannya. Maka saat merasakan
kekecewaan dan kelelahan kerana
perkara yang dilakukan tidak
sepenuhnya berlandaskan keikhlasan,
padahal Allah tidak pernah menanyakan
hasil. Dia akan melihat kesungguhan
dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku
serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai lelah menapaki jalanNya
ketika seringkali mengeluh, merasa
dibebani bahkan terpaksa untuk
menjalankan tugas yang sangat mulia.
Padahal tiada kesakitan, kelelahan
serta kepayahan yang dirasakan oleh
seorang hamba melainkan Allah akan
mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan
ruh sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai terkikis oleh dunia yang menipu,
serta membiarkan fitrahnya tertutup
oleh maksiat yang dinikmati, lalu di
manakah kejujuran diletakkan? Dan kini
terabailah sudah nurani yang bersih,
saat ibadah hanyalah sebagai rutin
belaka, saat jasmani dan fikiran
disibukkan oleh dunia, saat wajah
menampakkan kebahagiaan yang penuh
kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu
menangis dan meranakah?

Surat ini kutujukan untuk diriku dan
diri sahabat-sahabat tercintaku yang
sombong, yang terkadang bangga pada
dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun
yang membuat kita lebih di hadapanNya
selain ketakwaan. Padahal kita
menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan
merasakan mati, namun kita masih
bergulat terus dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai mati, saat tiada getar ketika
asma Allah disebut, saat tiada sesal
ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut padaNya ketika
maksiat dilakukan, dan tiada merasa
berdosa ketika menzalimi diri sendiri
dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk
jiwa yang masih memiliki cahaya
meskipun sedikit, jangan biarkan
cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan
cahaya itu hingga ia dapat menerangi
wajah-wajah di sekeliling, memberikan
keindahan Islam yang sesungguhnya
hanya dengan kekuatan dariNya "
Ya..Allah yang maha membolak-balikkan
hati, tetapkan hati ini pada agamaMU,
pada taat kepadaMu dan dakwah di
jalanMu "

Wallahualam bisshawab

Semoga dapat membangkitkan iman yang
sedang mati atau jalan di tempat,
berdiam diri tanpa ada sesuatu
amalanpun yang dapat dikerjakan.
Kembalikan semangat itu sahabat-
sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan
orang-orang beriman yang selalu
menemani di kala hati "lelah".

Mar 17, 2009

cuti-cuti...



assalamualaikum...

camne ngan cuti??mia??erm...selain hafal segala rancangan tv, ape lagi...siapkan asemen yg sememangnya bertimbun...hadir macam2 jenis kenduri [biasala musim cuti sekolah]..diz holiday tak p jalan mana2 pun..member2 semua bz [za, munira, angoh, zos]..klu tak memang da round satu klate da..rindunyer kat diorang...ntah bila leh gather balik..biasala klu bercuti..rasa malas tu lebih2 ckit, tp gagah kan jugak buat ape yg penting..klu tak, mau menyesal balik maktab ari jumaat t [awalnyer balik!!]

Mar 10, 2009

Mister Clique's Artworks





ni antara gambaq2 yg cheq copy dari fotopages Fahmi (dak PISMP tahun 3)...sesuai dgn course dia PSV [pendidikan seni visual] memang cheq kagum dgn gambar2 yg telah di edit dan hasil seni yg dia pamerkan..memang cantik..suka amik gambar dari bahagian foot...dia just guna adobe photoshop..hangpa leh lawan laman web dia.. Mister Clique's Artworks

Mar 9, 2009

Kasih Sayang RASULULLAH




"Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

khutbah terakhir Rasulullah Muhammad SAW
khutbah ini telah disampaikan pada 9 Zulhijjah 10H di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir."

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak."

"Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu."

"Allah telah mengharamkan riba. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang."

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamtan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil."

"Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang."

"Layani wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia."

"Dan hak kamu terhadap mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah ALLAH, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu."

"Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim muslim yang lain. Kamu semua adalah sama. Tidak seorang pun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh."

"Ingatlah bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu."

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku."

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku."

"Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMu."

dipetik daripada video "kisah Rasulullah"