May 31, 2008

HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA

Baru kejab tadi bicara siswa ke udara kat tv1...bukan ape, malas nak tgk ke dengar YDP UM saudara Afendi dok mengulas isu gejala sosial..isu yang paling popular kuar dalam karangan UPSR,PMR,SPM...tapi yang berbeza isu ni pasal gejala sosial di kalangan mahasiswa [erm..tak rasa mia ni siswa kan???]..adakah faktor pembangunan negara yang menjadi punca??bak kata YDP Kolej Islam Selangor la..saudara farid haji din [cita-cita nak jadi ulama] pembangunan tu penting, tapi biarla seimbang antara material dan rohani..betul jugak katanya...
Lantaran itu, mia nak ucap SELAMAT HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA yang kita sambut untuk julung kalinya pada 31 MEI 2008...
Kalau cakap pasal tembakau..sure kita ingat rokok..bak lagu dan irama, cam tula rokok dan tembakau..saling berkaitan..dalam family mia, alhamdulillah la..abangku jer yang isap rokok..ayah dulu pernah isap, tapi sebab kesempitan wang, terpaksala batalkan niat yang ‘suci’ tu...
Rasanya ramai yang sedar, kaum Melayu paling ramai isap rokok[yela, melayu paling ramai kat Malaysia ni]..tapi tahu tak, kalau beginner isap rokok lebih 40 btg dalam satu hari, confirm mampus..ini kerana otak memberontak untuk menyesuaikan diri dengan nikotina yang ‘melampau’ tu..dan sebagai pengetahuan, setiap saat seorang perokok akan meninggal coz tembakau..huhuhu..menakutkan..
Kalau ade sapela yang baca MINGGUAN 25 MEI 2008, dalam sisipan kesihatan...Prof Dr. Karl Fagerston terkejut masa datang kat negara kita, ramai wanita merokok secara terbuka [budak sekolah lagi berani]..nikotina pada tembakau sebenarnya buat otak kita lebih ‘power’ cam kat AS, kebanyakan doktor memang isap rokok..
Tapi rokok sama jer nga dadah...menyebabkan kita ketagih & pergantungan kepada nikotina ni...tak kira la rokok ke cerut ke shisha ker, semuanya bagi effect kat body kita dan orang sekeliling kita...masa sekolah dulu,rasanyer kaunselor selalu adakan pameran anti rokok kan??tapi ramai gak budak sekolah isap rokok kan???erm..so nak blame kat saper yer??kalau da ketagih memang susah nak berenti..so, orang2 yang tersayang perlu memainkan peranan la..kuatkan azam..semoga orang2 yang mia sayang & cinta, yang syok merokok skang..mulakan langkah pertama..GUD LUCK!!

No comments: