Dec 19, 2008

my lovely Roomate..Nadia..

ni la roOmate kesayangan cheq..

rasanyer dlm byk2 roOmate yg cheq dapat..this is da best..suara cam dak kecik [kok meriah biliknyer]..stylo cam cheq gak [jenis x kisah]..suka balik rumah cam cheq gak [org kulim]..bykla lagi..kiranye cheq pun suspekla kat dia coz pandai hormat cheq & the geng as senior..dikalangan kengkawan dia kat paras ni..diala paling senior..da la lahir thn 1989 [sama nga siti] then lahir lak 10.1 [tp still cam budak2 compare nga siti]..

alhamdulillah, ALLAH makbul doa kak mia..

nadiatul akmar..thanxx for everything..let's enjoy!![spjg kita bersama]

Dec 7, 2008

tanah runtuh lagi


PANDANGAN antara 14 rumah banglo di taman perumahan di Bukit Antarabangsa di sini, yang musnah akibat tanah runtuh awal pagi ini. Kejadian kira-kira jam 4 pagi tadi, menyebabkan empat terkorban membabitkan tiga perempuan dan seorang lelaki manakala 15 lagi cedera. Banglo yang tertimbus itu membabitkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah. Kejadian turut menyebabkan jalan uatam ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus lagi terperangkap. - Foto ihsan PDRM

tak sangka tragedi ni berlaku...ni kira yg ketiga sejak mia cuti..biasanya masalah banjir di pantai timur kalau ujung tahun camni..ada hikmah disebaliknya...amik ikhtibar daripada kejadian ini...ALLAH lebih mengetahui...lagi berita lanjut leh ikuti di:

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/BeritaUtama/20081207063655/Article

rasanya banyak blog bincang ttg tanah runtuh ni...kalau tak silap tanah runtuh ini berlaku berhampiran dgn highland tower yg runtuh dahulu yg mengorbankan berpuluh2 nyawa...sama2 kita doakan semoga semua kerja menyelamat berjalan dgn lancar...harap2 semuanya selamat..insyaALLAH..sama2 kita doakan..

Dec 6, 2008

..salam aidiladha..





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

salam aidiladha kepada semua sahabatku..
pengorbanan??apa yg kita tahu tentang korban...alhamdulillah kelmarin dapat ikuti diskusi ilmu melalui conference usrah online..dgn tjk pengorbanan..trima kasih semua ahli usrah yg sudi berkongsi ilmu..even tak dpt join sgt coz tgh siapkan keje..tapi sempatla jenguk2 conference tu..thanx naqibah kita kak shye sudi jemput..kalau tak, memang da terlupa.huhu..
terfikir sejenak...apakah pengorbanan yg telah ku lakukan utk ISLAM??kalau dibandingkan dgn Rasulullah dan para sahabat dahulu, memang jauh sgt...
so, renung2kan lah...ikhlaskan hati untuk ILAHI..sesungguhnya,ALLAH LOVES US...

Dec 5, 2008

..surat cinta yg tersia..

alhamdulillah...
syukran kpd yasmira...
masuk jer web dia tadi..berkumandang lagu i'tiraf [my favaorite song]..
tumpang copy paste artikel ni yer..
awalnyer, mia terjumpa artikel ustaz pahrol ni kat majalah ANIS..
rupa2nya kat internet pun da ader...
surat cinta...camne?kita ada tatap tak surat cinta dari yg TERCINTA ini hari ini??
sama2 kita ikuti..
114 surat cinta yg tersia
.

Oleh : Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

"Benar-benarkah kita cintakan Allah jika 'surat cinta'-Nya tidak kita baca, fahami dan hayati?"
Hampir tiga perempat daripada keseluruhan peserta tidak mengetahui makna bacaan dalam solat. Keputusan ujian yang dijalankan secara santai sebentar tadi sangat mengejutkan. Apa tidaknya, ada yang telah berusia hampir mencecah separuh abad, ertinya telah lebih tiga atau empat puluh tahun lebih mengerjakan solat tanpa mengetahui maknanya! Bayangkan tiga puluh tahun, tempoh yang cukup lama, bukan sekadar cukup untuk memahami bacaan dalam solat bahkan lebih dari cukup untuk menjadi seorang hafiz!
"Bagus ustaz buat ujian macam ni," kata seorang peserta.
"Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang kita tak tahu," tambahnya.
"Betul-betul ke kita ni tidak tahu apa yang kita tidak tahu sebelum ni?" celah saya separuh mengeluh, separuh mengutuk (diri sendiri).
"Apa maksud ustaz?"
Saya senyum. Bukan untuk berteka teki, tetapi sekadar mencari ketepatan makna di sebalik kata-kata.
Tak Serius Dengan Solat?
"Saya rasa selama ni pun kita dah tahu yang kita tidak tahu makna bacaan solat ni. Tetapi kita bersikap 'tak pa', 'tunggu' atau 'nantilah'. Sedar tak sedar, sikap sambil lewa kita itu berlarutan hingga puluhan tahun," ujar saya lagi.
Dia diam. Kemudian mengangguk-angguk. Setuju barangkali.
"Yalah, ustaz. Kita tidak serius dengan solat..."
"Punca tidak serius sebab kita rasa solat ni tidak penting," tambah saya lagi.
"Bagaimana hendak rasakan yang solat ni penting?"
"Walaupun kita dah tahu ia memang penting?"
"Betul tu. Kita tahu kepentingannya tapi tak terasa... Tertinggal solat rasa tak rugi, tak rasa bersalah atau tak rasa kesal."
"Tapi kalau hilang duit? Terbakar rumah? Harga barang naik?"
"Wah, itu terasa betullah, ustaz..."
Kami sama-sama senyum. Tapi senyum tawar. Kesal bercampur hambar.
"Siapa yang rasa solat ni betul-betul penting?"
"Nabi Muhammad SAW."
"Kemudian?"
"Para sahabatnya."
"Mengapa Rasul dan sahabatnya begitu pentingkan solat?"

Tidak Rasa Allah Penting

Sepintas lalu, teringat kisah bagaimana kaki Rasulullah SAW bengkak-bengkak akibat terlalu lama berdiri dalam solat. Terbayang pula bagaimana Sayidina Abdul Rahman bin Auf RA tega menginfakkan seluruh kafilah yakni unta-unta dan segala isinya kerana ingin menebus kelewatannya bertakbiratul ihram dalam solat berjemaah pimpinan Rasulullah.
"Mengapa kita berbeza dengan mereka?" detik hati saya, juga tertanya-tanya.
Semalam ketika terhimpit di celah kesesakan lalu lintas, sempat saya melihat betapa ramainya orang Melayu berbondong-bondong ke pasar malam untuk membeli belah walaupun pada ketika itu masuknya solat Maghrib tinggal beberapa minit sahaja lagi.
"Sebab kita tak terasa Allah penting dalam kehidupan kita," akhirnya saya bersuara bersama sebuah keluhan.
"Kita hanya akan berhubung dengan seseorang apabila kita rasakan dia penting atau diperlukan... Bayangkan betapa resahnya jika kita tidak dapat berhubung dengan ibu bapa, anak-isteri, bos, saudara dan teman rapat kita."
"Saya ada pengalaman itu, ustaz. Pada satu ketika saya berkursus di satu tempat yang berada 'di luar kawasan liputan'... Telefon bimbit tidak dapat digunakan langsung. Saya resah, betul-betul resah, tiga hari tidak dapat berhubung dengan orang-orang penting sepanjang tempoh di situ."
Kalaulah rasa semacam itu dapat kita miliki ketika terlambat lebih-lebih terluput waktu solat, alangkah baiknya, detik saya dalam hati.

Dialog Hati
"Allah lebih penting daripada segala-galanya. Sebab Dia-lah yang mengadakan segala-galanya untuk kita."
"Kita dilimpahi jutaan nikmat..."
"Tapi kita melupakan Pemberi nikmat..."
"Sepatutnya kita hitung kesyukuran..."
"Sebaliknya kita hitung kesukaran..."
(Dialog-dialog hati ini menerjah silih berganti.)
"Bayangkan kita umpama burung kakak tua yang berkata-kata tanpa memahami makna. Tidak hairanlah kalau hati kita lalai dalam solat. Jika tidak faham, bagaimana hendak menghayatinya? Kita sujud, tapi hati kita tidak sujud. Kita ucapkan 'subhanallah' tetapi tidak terasa sedang menyusikan-Nya."
"Itu baru kalimat yang mudah-mudah. Belum lagi doa iftitah, al-Fatihah, tasyahud, qunut dan lain-lain. Dah hafal tapi tak faham maknanya."
"Tu dah kira baik... ramai juga yang tidak hafal bacaan solat," tambahnya.
"Tu yang solat. Yang tak solat?"
Dia menggeleng-geleng.
"Tak hairan kemungkaran berleluasa di tengah-tengah masyarakat. Apabila tak solat, mana ada kemampuan dalam diri untuk tidak melakukan kejahatan dan kemungkaran?"
"Cukuplah tu. Sekarang kita kira kita dulu. Mari kita semak semula makna tersurat dan tersirat pada rukun qauli, qalbi dan fik'li ni..."
"Ustaz, ni baru sedikit. Hanya beberapa kerat ayat Quran, selawat, tasbih, takbir dan tahmid... Macam mana agaknya dengan 6666 ayat dalam al-Quran tu ya?"
Saya terdiam. Betapa terasa agama ini kita lakukan tanpa erti, kita amalkan tanpa penghayatan. Seperti pelajar yang membaca buku tapi tidak faham, bolehkah dia lulus dalam peperiksaan?"

Surat Daripada Kekasih

Ya, bayangkan bagaimana agaknya rasa kita kalau menerima sepucuk surat dari seorang kekasih, tetapi kita tidak faham apa yang dituliskannya. Allah - 'Kekasih' orang beriman itu - telah mengutuskan 114 surah-Nya... berapa surah yang kita telah tahu maknanya, faham tafsirannya, amal kehendaknya dan perjuangkan tuntutannya? Benar-benarkah kita cintakan Allah jika 'surat cinta'-Nya tidak kita usahakan untuk membaca, memahami dan menghayatinya?
Al-hasil, 114 surat cinta-Mu kami persiakan begitu sahaja... Ya Allah, ampunilah kami yang jauh dari solat, jauh dari al-Quran, justeru terlalu jauh dengan-Mu! Astaghfirullah hal'azim. Bukan Kau ya Allah yang jauh, tapi kami ini yang menjauh.

sumber : Anis (Oktober 08)

Dec 4, 2008

GiGi


ari ni berkesempatan p jumpe doktor gigi...masalah gigi sensitif, biasanya kalau makan menda manis o sejuk rasa sengal jer gigi..kebetulan struktur gigi mia yg tidak teratur...tapi alhamdulillah, dapat senyum lagi..cantik ke tak tu bergantung kepada keikhlasan hati tu...hehe..
kalau ingat masa kecik2 dulu..takut sgt jumpe doktor gigi..ayah plak suka betul cadang kami p jumpe doktor gigi..kononnya nak bagi gigi tumbuh dengan cantik..kecuali mia...maybe mami & ayah bz sgt keje sampai tak peduli sgt pasal gigi ku, tambahan kedegilan ku melampau ckit..so, arapkan doktor gigi yg datang ke sekolah la..tu pun bukan selalu..so, hasilnya..gigi da berlapis, tak teratur...
sejak2 da besar, pandai berdikari timbul kesedaran nak jaga kesihatan...da kurang minum ais coz sakit belakang bebaru ini...makan pun da kena jaga tkt elergi susahkan org plak..kalau dulu malas nak gosok gigi sebelum tdur...sejak2 dok maktab da ade rajin guna flos, lesterine, berus gigi dan sentiasa berkumur..jumpe doktor pun dok borak jer...
mengikut doktor2 gigi [baca paper] gigi perlu dijaga seawal bayi lagi...bak kata ipin betul3..rajin2la jumpe doktor gigi, buat cam kawan..jgn tkt, dia bukannyer guna spanar ke geriji ker tukul ke[pikiran ku kecik2 dulu].semua alat yg digunakan canggih2.sesuaila dgn dental...
pernah tgk iklan extra tak?ala chewing gum tu...muka da cantik tapi slek kat gigi..rosak semua..tapi tak bermakna gigi tak cantik, tak leh senyum..dulu mia pun pernah kena kutuk nga kakak sebab senyuman tak cantik..rasa tercabar gak, then mia blajar senyum..yg penting ikhlas..dah la dpt pahala sebab senyumkan sedekah..so ape lagi..alhamdulillah,bersyukurla kalau ada gigi..dan tunjukkan dgn senyuman yg menawan sebab ade ramai yg mengalami masalah sumbing takleh senyum dgn baik...so,apelagi sahabat2...SENYUM SOKMO!!!

senyum

Dec 3, 2008

bulan senyum...



Keajaiban bulan 'senyum': Luar biasa. Kelihatan bulan sabit dan planet Musytari serta Zuhrah menyerupai muka orang tersenyum atau bulan 'senyum' yang boleh kelihatan bermula kira-kira jam 8 malam tadi. Kejadian luar biasa astronomi itu berlaku lima tahun sekali turut menarik perhatian ramai rakyat negara ini yang menyebarkan berita bulan 'senyum' itu menerusi khidmat pesanan ringkas.(berita harian)

subhanallah...heboh kat blog, forum, paper dan seangkata dgnnya pasal bulan senyum..kalau tak silap dari sumber2 yg leh dipercayai, fenomena yg ajaib ini berlaku pada 1 disember lepas isyak..mia buat ape yer masa tu??tuk siapkan puzzle rasanyer...melepas...tapi ape2 pun ni menunjukka keagungan ILAHI..kan mia da cakap ALLAH LOVES US..=)

Nov 27, 2008

..ALHAMDULILLAH..

Ya Allah
Today, upon a bus,
I saw a girl with golden hair.
and wished I was as fair.
When suddenly she rose to leave,
I saw her hobble down the aisle.
She had one leg and wore a crutch.
But as she passed, a smile.
Ya Allah, forgive me when I whine.
I have 2 legs, the world is mine.

I stopped to buy some candy.
The lad who sold it had such charm.
I talked with him, he seemed so glad.
If I were late, it'd do no harm.
And as I left, he said to me,
"I thank you, you've been so kind.
It's nice to talk with folks like you.
You see," he said, "I'm blind."
Ya Allah, forgive me when I whine.
I have 2 eyes, the world is mine.

Later while walking down the street,
I saw a child with eyes of blue.
He stood and watched the others play.
He did not know what to do.
I stopped a moment and then I said,
"Why don't you join the others, dear?"
He looked ahead without a word.
And then I knew, he couldn't hear.
Ya Allah, forgive me when I whine.
I have 2 ears, the world is mine.

With feet to take me where I'd go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Ya Allah, forgive me when I whine.
I've been blessed indeed, the world is mine.

poem ni, mia amik kat page friendster mia sendiri [mia_nerd143@yahoo.com;SeNYuM SoKMo]..suka ngan poem ni coz mengingatkan mia dgn cam2 nikmat yg ALLAH berikan..memetik kata2 dalam buku 'Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia'...
"..tiadalah sekali-kali ALLAH menjadikan bagi kamu dalam agama ini suatu kesempitan pun.."
dan percayalah ALLAH LOVES US

gamelan..konvo JQAF 2008 di dewan siantan
















akhirnyer...dapat gak curik gambar gamelan dari fs kelly...
so..banyakla gambaq dia dari gambar kami..
contiang2 la...

Nov 26, 2008

cLicK a cHiLd



click a child..

actually this programme..my roomate, NADIA yg perkenalkan...ada ke org duk sibuk2 nak exam..dia dok sibuk2 cari web nak jadi volunteer..lastly dia jumpe click a child ni yg sesuai ngan jiwanyer yg gila2 tu..so, mia sebagai senior pun nak join jugak sbg tanda sokongan terhadap usahanya...oleh kerana kami berada jauh di sg.petani..tak leh nak join diorang buat event kat kl tu len la kalau uncle saiful sudi buat program kat alor staq leh la join..tp kena tgk jadual kami plak[weekend ari jumaat & sabtu]..cara paling senang nak tolong diorang juz beli baju yg diorang buat..membeli sambil menderma...beberapa minggu b4 cuti kami dapat email daripada uncle saiful ttg teeshirt terbaru diorang & program JUARA SENYUM..krn tertarik dgn teeshirt terbaru tu mia tlh berusaha bertanya uncle ttg teeshirt edisi terhad tu..nak tau, program JUARA SENYUM tu rupanya tiada sponsor, diorang juz guna duit hasil jualan baju tuk menjayakan program tu...ni antara kandungan email uncle..

Salam....
Harga kali ni cuma RM30 sehelai kalo ambil by hand tapi kalo melalui poslaju terpaksa kami kenakan RM40 sehelai...bukan apa ...CaC nak kumpulkan kutipan hasil jualan. Utk adakan aktiviti bersama anak2 Yatim dalam perancangan Jejak Juara Senyum anjuran Radiostar.....
RM30 sehelai boleh dtg dapatkan di area Tmn Tun Dr. Ismail KL.....kalo tempahan byk helai Uncle sanggup pergi deliver personally.....
Bantulah kami sebab kami tiada tajaan atau sumbangan dari mana2 pihak...kami harap benar dgn kutipan hasil jualan tees CaC nie...inilah rayuan ikhlas dari Uncle Saiful.....
Thanks Korang!



terharunyer..
so guys..ape lagi..jom sokong diorang...



bagi kawan2 yg ade kat area kl lagi senang..leh join diorang dgn menjadi volunteer.



untuk maklumat lanjut leh lawati web mereka..
http://click-a-child.blogspot.com
www.myspace.com/clickachild

Nov 25, 2008

cinta o couple


topik ni memang famous kat forum, blog, o apa2 jerla..
even ada perkataan cinta jer..beribu2 org view...
apa yg menarik sgt dgn cinta tu??

sudah jadi fitrah manusia ingin bercinta dan dicinta...especially dalam hubungan lelaki dan perempuan..malah kalau dalam AL-Quran, telah dinyatakan ALLAH telah mencipta semuanya berpasangan-pasangan, baik apa yang ditumbuh oleh bumi, atau datang dari mereka sendiri atau datang dari apa yang mereka tidak ketahui[tak dapat nak tgk ayat mana coz tertinggal mylover kat astana resort dugang]

kalau bercinta tu maybe ramai leh terima..tapi camne nga couple???
erm..bagi mia tak salah nak couple..lagi pun diusia mia ni, takkan la sahabat2 couple sebab suka2..semua berniat nak kawin..tapi kadang2 niat tu tak menghalalkan cara...ni artikel mia petik daripada halaqah.net tentang cinta dan kasih...mungkin leh membantu merungkaikan persoalan tentang couple haram...thanx muhammad fadzly tuk artikel yg menarik ini...


"Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan(couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya :

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA

Sesebuah perhubungan ‘istimewa’ antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.

KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA

Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.

Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah.


mia skip beberapa point yg diutarakan..so sahabat kalau nak tau lebih lagi leh lawati http://halaqah.net/v10/index.php?page=124

smoga artikel ini manfaat tuk semua..
sebelum undur diri..
jagalah hati hiasi peribadi...
salam ukhwah...